Pusat Tuisyen Qhalish Ilmi
Anda mempunyai anak berumur 5-12 tahun yang masih belum mengenal huruf, lemah dalam asas membaca dan mengira? Kami bantu selesaikan masalah anda.
Kami di Pusat Tuisyen Qhalish Ilmi menyediakan kelas khusus untuk kanak-kanak berusia 5-12 tahun, dengan matlamat membantu mereka menguasai asas membaca, menulis, dan mengira. Dengan pendekatan yang menyeluruh, kami berusaha membina keyakinan dan kemahiran asas pendidikan anak-anak anda.
Program Pendidikan untuk Anak-anak 5-12 Tahun
Mengapa pilih kami untuk kemajuan pembelajaran anak anda?
01
Peningkatan Kemahiran
Meningkatkan kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bermula dari huruf abc sehingga membina ayat
02
Penguasaan
Asas
Menguasai asas kemahiran dan kefahaman Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
03
Pengukuhan
Asas
Mengukuhkan asas teknik dan formular matematik bermula dari pengenalan nombor bulat sehingga operasi bercampur tambah & tolak
Apa yang Anak Anda Akan Pelajari Disini
Membaca (BM) bahasa melayu, menulis, dan mengira
Sesuai untuk anak-anak yang masih belum mengenal huruf, tidak tahu membaca suku kata, atau lemah dalam asas pengiraan.
English coaching asas bahasa inggeris
Kelas ini membantu anak-anak membina asas dalam Bahasa Inggeris. Syarat minimum untuk menyertai English Coaching adalah mesti mengenal huruf A-Z.
Direka khas untuk anak yang memerlukan pengukuhan asas
Jika anak anda tidak kenal huruf, tidak tahu membaca suku kata, atau masih lemah dalam nombor, ini adalah tempat yang sesuai untuk mereka mulakan perjalanan pendidikan mereka.
Fokus Kami Kelas-kelas Ini Disediakan Khusus Untuk:
Kanak-kanak 5-12 tahun yang masih tidak kenal huruf, lemah dalam membaca suku kata,kurang mahir dalam asas tambah tolak serta ‘zero English’ atau masih lemah dalam penguasaan asas bahasa Inggeris
Kami sedia membantu anak anda mencapai kemahiran asas yang penting untuk perkembangan pendidikan mereka. Daftarlah hari ini untuk memberi peluang kepada anak anda memulakan pembelajaran yang penuh bermanfaat!
Pilih Pusat Tuisyen yang Tepat untuk Keperluan Pendidikan Anak Anda
Kenal pasti kelemahan anak dalam pelajaran untuk memilih pusat tuisyen dengan pakej pembelajaran yang sesuai. Pastikan kaedah pengajaran yang digunakan berkesan, interaktif, dan mudah difahami. Dengan pendekatan yang betul, anak lebih berminat belajar dan dapat meningkatkan prestasi akademik mereka dengan lebih berkesan.
Apa Kata Ibu dan Bapa Selepas
Anak Belajar Di Pusat Tuisyen Qhalish Ilmi